Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com

Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com
link : Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com


KUANTAN: NGO Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) mendakwa pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menarik semula penyitaan 10 juta tan stockpile bauksit di Kuantan bakal menghantui semula penduduk jika tidak ada langkah-langkah kawalan berkesan diambil.

"Sepanjang tempoh moratorium ini kehidupan penduduk sekitar amat selesa sekali selepas melalui tempoh yang penuh dengan kesengsaraan akibat daripada sikap haloba para peniaga bauksit"

"Tiada lagi persekitaran yang kotor, berdebu serta gangguan jalanraya yang menakutkan. Suasana ini bakal berubah sekiranya kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk menyediakan satu mekanisme berkesan bagi mengawal kegiatan perlombongan dan pengangkutan sekiranya aktiviti bauksit diteruskan", kata kenyataan media yang diedarkan semalam.

"Dicadangkan supaya kerajaan negeri dan agensi-agensi yang terlibat duduk berbincang bersama-sama dengan wakil penduduk dan pengusaha bauksit bagi mencari jalan menang-menang supaya segala kelemahan yang ada di masa lalu dapat diatasi dengan baik".

"Selagi tiada sebarang penambahbaikan dan pengenalan SOP yang baharu diperkenalkan, adalah disarankan semua aktiviti berkaitan bauksit tidak diteruskan".

Sementara itu pihak SPRM dituntut untuk mengumumkan samada terdapat unsur rasuah dalam aktivit bauksit sebelum ini dan tindakan mendakwa mereka yang terlibat perlu disegerakan.

Cadangan supaya satu aku janji dibuat oleh semua yang terlibat dengan aktiviti bauksit dibimbangi hanya merupakan satu janji kosong serta tidak mampu mengekang sebarang unsur rasuah daripada berlaku dimasa akan datang, kata kenyataan itu lagi. #pdonews


Demikianlah Artikel Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/pengumuman-sprm-geram-gesa-kesilapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :