Judul : Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com
link : Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com
Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Menang pilihan raya untuk memastikan suara rakyat didengar dan diwakili dalam pembentukan dasar adalah fokus utama KEADILAN sekarang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Menurutnya, semua parti dalam Pakatan Harapan kini turut memberikan perhatian terhadap perkara yang sama.
“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya. Tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri.
“Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu calon (perdana menteri) diumumkan.
“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan kerusi bagi memastikan kita merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” katanya, lapor The Malaysian Insight.
Nurul Izzah berkata senarai akhir pembahagian kerusi yang akan ditandingi Harapan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
“Saya pemimpin yang komited kepada Pakatan Harapan. Saya memang mahu kita putuskan semuanya secara tertutup.”
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menafikan desas desus yang KEADILAN membantah pencalonan Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Harapan.
“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah: 'Tumpaskan BN' Serta Menang Pilihan Raya Fokus Utama beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/nurul-izzah-tumpaskan-bn-serta-menang.html