Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com

Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com
link : Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi jaminan bahawa skandal terbaru yang membelenggu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan disiasat dengan telus tanpa camour tangan politik.


Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mad Akin membuat seruan itu kerana badan berkanun tersebut yang sepatutnya membela nasib peneroka-peneroka kini terus menjadi mangsa kepada personaliti yang dilantik secara politik untuk menguruskannya sebelum ini.
“Justeru, saya ingin menegaskan di sini bahawa tiada jalan penyelesaian bagi kes kehilangan tanah Felda selain pendakwaan dikenakan terhadap dalang dan perancang utama.
“Najib Razak perlu memberikan jaminan tiada campur tangan politik akan berlaku demi memastikan pendakwaan akhirnya akan dikenakan kepada dalang di sebalik kehilangan tanah Felda tersebut,” kata Shamsul dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Felda bakal kehilangan hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak akibat urusniaga pada 2015 yang didakwa “meragukan”.
Penilai bebas menganggarkan harga pasaran tanah tersebut sekarang bernilai RM1 bilion.
Tanah itu sedang dimajukan sebagai sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) melibatkan tujuh menara – termasuk sebuah menara Felda, bangunan 68 tingkat merangkumi 59 tingkat ruang pejabat dan tempat pendaratan helikopter.
Dalam kenyataan yang sama, Shamsul menyifatkan Felda seperti seorang tuan rumah yang dikhianati tetamunya.
“Kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak ini merupakan rompakan yang berlaku di depan mata.
“Malang buat Felda kerana orang yang dijemput sebagai tetamu masuk ke dalam rumahnya dengan memberikan segala kepercayaan kepada tetamunya akhirnya membiarkan rumahnya tergadai akibat dicuri oleh tetamunya,” kata Ahli Parlimen Bukit Katil itu.
Skandal terbaru Felda ini didedahkan media sewaktu skandal pembelian hotel oleh entiti itu belum pun lagi diselesaikan.
Seperti skandal sebelum ini, skandal terbaru ini berlaku sewaktu Felda dikepalai Tan Sri Isa Samad, bekas naib presiden Umno yang terpaksa melepaskan jawatan di dalam parti selepas disabitkan kes politik wang semasa pemilihan parti.
Isa adalah pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 selain merupakan bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan bekas Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). #sumber


Demikianlah Artikel Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh "Tetamu" Yang Mencuri ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/shamsul-felda-telah-di-khianati-oleh.html

Subscribe to receive free email updates: