Judul : [JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com
link : [JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com
[JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com
Pakatan Harapan (HARAPAN) mendesak kerajaan mengundang pasukan pemantau pilihan raya bebas untuk memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14, kata timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini susulan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa sistem pilihan raya di negara ini telah ditambah baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak akan berlaku penipuan.
"Jika Najib benar-benar ingin memberi jaminan bahawa tiada penipuan dalam PRU 14, maka HARAPAN mendesak kerajaan supaya mengundang pasukan pemantau pilihan raya yang bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU-14," tegas Muhyiddin dalam kenyataan media hari ini.
Muhyiddin berkata hakikatnya penipuan telah dan sedang dilakukan kerajaan pimpinan Najib yang disifatkan "semakin hari semakin takut akan kalah dalam pilihan raya".
"Buktinya, sehingga ke hari ini, Najib masih belum berani untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.
"Dengan segala kuasa yang ada pada Najib dan BN, mereka sudah pasti akan melakukan apa sahaja bentuk penipuan untuk mengekalkan kuasa.
"Najib pasti tahu apa akibat yang akan ditanggung olehnya jika BN kalah. Najib juga tahu BN pasti akan kecundang jika pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil," kata Muhyiddin.
Najib dalam sidang media selepas Mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi Umno di PWTC pada Selasa berkata sistem pengundian tidak memungkinkan berlaku penipuan kerana telah ditambah baik oleh SPRM.
Kata Najib, sistem itu kini lebih telus berbanding zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengundi meragukan
Muhyiddin bagaimanapun mendakwa penipuan pilihan masih terus berlaku apabila persempadanan semula yang dilakukan SPR memihak kepada BN.
"Sesiapa sahaja yang meneliti peta persempadanan baharu akan dapat mengetahui bahawa ia dibuat secara sengaja untuk memihak kepada BN.
"Bukankah ini satu bentuk penipuan yang nyata?" katanya.
Selain itu beliau mendakwa terdapat ribuan nama dalam daftar pemilih yang meragukan dalam senarai pemilih yang tidak mempunyai alamat lengkap.
Katanya lagi tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Malaysia, kategori pengundi pos ditambah dengan merangkumi kakitangan kerajaan yang sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengundi sebagai pengundi biasa. - MK
Demikianlah Artikel [JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel [JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [JIKA BETUL TAK TIPU] HARAPAN mahu pemerhati bebas jika betul BN tak tipu beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/jika-betul-tak-tipu-harapan-mahu.html