Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com
link : Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Barisan Nasional (BN) dilihat akan menang walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meraih perhatian pengundi Melayu di luar bandar, menurut laporan penyelidikan Financial Times (FT).
Laporan itu yang disiapkan oleh penyelidik kanan Hafiz Noor Shams memberikan 3 sebab mengapa mereka yakin BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut laporan itu, sebab paling utama adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN).
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan semula persempadanan semula ini selepas mahkamah menggugurkan aduan Pakatan Harapan (PH) terhadap badan itu pada Disember.”
Persempadanan semula sebelum ini membawa kemenangan besar kepada BN.
Laporan itu menyebut, persempadanan semula oleh SPR pada 2003 menyaksikan BN menang 90% kerusi tetapi hanya 64% undi popular pada PRU 2004.
Pada 2013, BN memenangi 60% kerusi dengan hanya 47% undi popular.
“Kita menjangka SPR memuktamadkan proses itu sebelum Mac atau April. Kita percaya contoh terkini muslihat pilihan raya di Malaysia itu akan memanfaatkan BN,” kata laporan itu.
Sumber pembangkang memberitahu FT mereka akan cuba menangguhkan proses itu di mahkamah sehingga Jun, apabila Parlimen akan secara automatik terbubar jika Najib tidak membubarkannya sebelum itu. Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kesalahan liwat, dijangka dibebaskan pada Jun dan ini akan memberi kelebihan kepada PH, kata laporan itu.
“Apa pun, kami percaya kemungkinan ia ditunda adalah rendah.”
Sebab kedua adalah PAS akan memecahkan undi pembangkang, memandangkan parti Islamis itu berhasrat meletakkan calon di kerusi yang mereka tidak tandingi sebelum ini, walaupun peluang untuk menang sangat tipis.
Sebab ketiga adalah gabungan PH lemah di Sabah dan Sarawak di mana terletaknya 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.
“Tanpa kejayaan besar di Sabah dan Sarawak, PH perlu menang lebih kurang 2/3 daripada kerusi di Semenanjung untuk mengambil alih Parlimen, yang mana ianya agak sukar. PH hanya memegang 39% kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dan semasa PAS sertai gabungan itu sekali pun, mereka hanya memegang 47%.”
Laporan itu mengatakan BN mungkin akan kalah beberapa kerusi kepada Parti Warisan Sabah tetapi mungkin hanya terhad di timur Sabah.
Laporan itu juga mengatakan kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selamat walaupun BN menang tipis, memandangkan perhimpunan agung yang diadakan pada Disember tahun lepas bersetuju untuk tidak mengadakan pemilihan semula kepimpinan. Biasanya, presiden Umno akan menjadi perdana menteri.
“Tinjauan suku ke-4 ke atas 1,000 penduduk bandar menunjukkan Najib lebih tidak popular dalam kalangan mereka yang berusia 18-29 tahun berbanding mereka yang berusia 30-40. Tetapi responden yang kebanyakannya paling tidak puas hati dengan perdana menteri adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun, iaitu mereka yang berasa terhutang budi kepada pimpinan Dr Mahathir pada 1980-an dan 1990-an.”
Walaupun laporan itu mengatakan BN akan menang, kemenangan pembangkang akan menjadi sesuatu yang baru.
“Ia akan menjadi kali pertama Umno hilang kuasa sejak Tanah Melayu (nama negara sebelum menjadi Malaysia) mengadakan PRU pertamanya pada 1955.” - FMT


Demikianlah Artikel Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/laporan-3-sebab-bn-akan-menang-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: