"Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com

"Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com
link : "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


"Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan memberi Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, tiga nasihat berikutan tindakannya melancarkan koleksi tudung terbarunya, BeLofa di Zouk, malam kelmarin.

Muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perkara pertama adalah tanyalah ulama sebelum bertindak; kedua, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan ketiga, carilah rezeki diberkati ALLAH SWT.

Menurutnya, di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan, selain bimbang tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan, asalkan bertudung.

"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasil keberkatan.

"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah sebenarnya membebaskan wanita dari penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan bersyariat," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, pada hari ini sebenarnya sangat sukar bertudung sambil memelihara perilaku dan adab kesopanan, sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.

"Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi hendak kita cari di dunia ini?," katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak membesarkan isu itu sehingga memalukan, mengaibkan dan memberi fitnah.

"Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

"Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai 'wanita besi' dan 'gergasi' dalam perniagaan dan kerjaya," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Mufti Wilayah Persekutuan" Beri Tiga Nasihat Khas Kepada Neelofa ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/mufti-wilayah-persekutuan-beri-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: