Judul : Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com
link : Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com
Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com
Katanya UMNO masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.
"Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti, " katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
"Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat," katanya.
Tengku Adnan berkata penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.
Sehubungan itu, Tengku Adnan menasihatkan orang ramai khususnya anggota UMNO agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu. #sumber
Demikianlah Artikel Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ku Nan: "Dakwaan" Konon UMNO Akan "Di Haramkan" Tidak Benar ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/ku-nan-dakwaan-konon-umno-akan-di.html