Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com

Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com
link : Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para pengundi di negara ini agar tidak sesekali berniat menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana kononnya 'tidak selesa' dengan kerajaan sedia ada.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata rakyat seharusnya memilih sebuah kerajaan yang telah terbukti serasi dan selesa dengan rakyat bagi memastikan negara dapat terus dibangunkan. "Jangan cuba tanggal baju lama untuk cuba baju baharu kerana belum tentu ianya sesuai dengan badan. Baju lama juga sedap.

Kalau kita badan kecil jangan pakai baju besar, kalau badan besar jangan cari baju kecil, cari baju yang sepadan iaitu kerajaan sedia ada. Nak tukar-tukar selera buat apa "Biar pakai lama sedikit tetapi selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Jalinan Peladang peringkat negeri di Parlimen Bagan Datuk di Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata walaupun pihak pembangkang mendakwa mereka mempunyai program pembangunan yang lebih baik untuk rakyat, namun fakta sedia ada jelas menunjukkan sebaliknya.

"Tentulah ada orang lain akan kata kalau mereka diberikan kepercayaan mereka ada program yang lebih baik.

Allah SWT takdirkan tiga negeri (pembangkang) yang 'tangki airnya' (peruntukan) bukan datang dari Putrajaya, apa mereka sudah buat untuk kita" Semuanya datang dari 'tangki air besar' (kerajaan pusat) juga," katanya.

Justeru Ahmad Zahid berkata, jika kerajaan BN diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan pada PRU akan datang maka segala 'keselesaan' dan 'keserasian' yang dinikmati rakyat ketika ini dapat diteruskan. #sumber


Demikianlah Artikel Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/zahid-hamidi-jangan-cuba-cuba-tukar.html

Subscribe to receive free email updates: