Judul : Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com
link : Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com
Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com
JERANTUT: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM63.7 juta bagi menaik taraf Jalan Jerantut-Benta di sini yang memberi manfaat terutama kepada penduduk di 15 kampung di sepanjang laluan berkenaan.
Selain itu pembinaannya bakal merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial seramai 7,000 penduduk di kampung tersebut, malah memendekkan masa perjalanan dari bandar ini ke pekan Benta selain mengurangkan risiko kemalangan maut.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, projek fasa satu melibatkan laluan sepanjang 52 kilometer dari bandar ini ke pekan Benta sekali gus menyelesaikan masalah projek yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, projek itu melibatkan pembesaran jalan persekutuan dan meluruskan jalan berselekoh melibatkan pembinaan jajaran baharu termasuk laluan dua lorong.
“Kerja-kerja pembesaran jalan ini juga melibatkan projek membina jambatan baharu di Sungai Par bagi menggantikan jambatan lama yang sempit dan berbahaya.
“Projek ini turut menaik taraf tujuh persimpangan jalan persekutuan yang dibina sebelum negara merdeka untuk keselesaan pengguna serta penduduk di laluan berkenaan,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di Kampung Sungai Par, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Zulkifli Yaakob; Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.
Ahmad Nazlan berkata, projek itu bukan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi perancangan kerajaan itu telah dibuat sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, kelewatan projek itu disebabkan kontraktor yang dilantik menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan projek itu terbengkalai.
“Kita terpaksa memohon peruntukan semula daripada Kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan projek ini dan berharap kontraktor baharu yang dilantik memenuhi integriti dan dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual,” katanya.
Katanya, projek itu melibatkan, proses pengambilan tanah persendirian sebanyak 32 lot melibatkan kawasan seluas tujuh hektar serta tiga lot tanah Kerajaan Persekutuan seluas 2.1 hektar.
Beliau berkata, sebanyak tiga lot lagi tanah milik kerajaan negeri seluas 7.7 hektar sedang diusahakan untuk mendapatkan status kebenaran bagi projek itu oleh Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri.
“Projek ini yang bermula awal Disember lepas dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2020,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/kerajaan-pusat-peruntuk-rm637-juta.html