Judul : [RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com
link : [RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com
[RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com
Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil peluang dalam ceramah sulungnya sebagai pemimpin pembangkang di Pekan, Pahang malam tadi untuk menyentuh tentang kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Bagaimanapun, ia mungkin satu berita besar bagi mereka di kawasan bandar, tetapi lain pula halnya bagi orang ramai di Felda Chini malam tadi.
"Kerana duit ni (yang digunakan untuk membeli kapal layar mewah itu) dicuri dari 1MDB, sebab itu Indonesia sanggup rampas kapal besar ni," kata Mahathir dalam ucapannya.
Penduduk Felda tidak biasa dengan isu tersebut.
"Saya tidak pernah dengar pasal ni," kata Rahim Umar, 50, kepada Malaysiakini.
Begitu juga dengan Saiful Aiman, 30, yang tidak tahu tentang kapal layar itu - bernama Equanimity - dan kaitannya dalam skandal 1MDB.
"Ini kali pertama saya dengar. Benda macam ini kita tak tahu," kata pekerja ladang itu.
Manakala seorang kawannya, yang enggan dinamakan, tidak tahu bahawa Mahathir bercakap tentang kapal yang dicuri.
"Ada kapal hilang ke?" tanya pemuda itu.
Kapal layar mewah
Pakatan Harapan turut menggunakan skandal 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menarik sokongan terhadap gabungan pembangkang itu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Bagaimanapun, 1MDB tidak begitu menarik banyak minat di kawasan luar bandar, di mana pengundi lebih mengambil berat tentang isu-isu mengenai kos sara hidup.
Kapal layar milik Low dilaporkan telah dibina khas untuknya pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) sedang berusaha untuk merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada pelucutanhak aset di bawah tindakan anti kleptokrasi.
DOJ mendakwa bahawa Equanimity dibeli dengan wang yang digubah yang didakwa diseleweng dari 1MDB.Demikianlah Artikel [RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel [RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [RAHIM: "SAYA TIDAK PERNAH DENGAN PASAL NI"]Orang Pekan Tak Faham kAPAL jlOW-1MDB : PATUT Lah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/rahim-saya-tidak-pernah-dengan-pasal.html