ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com

ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com
link : ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com

Ketua Pengarah ROS

Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta memberikan penjelasan sama ada Umno kini didaftarkan secara automatik berikutan tempoh lanjutan selama 18 bulan bagi parti itu mengadakan pemilihan telah berakhir semalam.

Perkara itu dibangkitkan Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah dalam menyokong kenyataan dibuat peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla, malam tadi. 

"Umno tidak boleh melanjutkan pemilihan cawangannya melebihi 18 bulan. Tempoh lanjutan itu telah berakhir semalam untuk cawangan-cawangannya. Oleh itu, ROS tidak boleh melanjutkannya lagi. 

"Saya rasa ada kecuaian dalam pengurusan Umno apabila mereka memutuskan untuk menangguhkan pemilihan majlis tertinggi mereka (hingga akhir tahun ini)," kata Saifuddin kepada Malaysiakini. 

Pemilihan Umno diadakan setiap tiga tahun namun di bawah perlembagaan parti itu, ia boleh ditangguhkan selama 18 bulan. 

Pemilihan parti itu dibuat di peringkat cawangan diikuti bahagian dan jawatan majlis tertinggi. Haniff semalam menyatakan kemungkinan berlaku krisis perlembagaan Umno berikutan cawangan parti itu tidak berdaftar selepas tarikh akhir untuk mengadakan pemilihan mereka berakhir semalam.

Peguam yang pernah mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes itu berkata sekiranya perkiraannya betul, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipilih sebagai presiden Umno pada 19 April dan memimpin parti itu dalam pilihan raya umum


Tiada lagi penangguhan.


Beliau berkata mengikut laporan Umno Online
bertarikh 31 Mei 2013, semua cawangan Umno akan mengadakan pemilihan mereka antara 15 Julai dan 31 Ogos 2013.

Ini bermakna mengikut Perkara 18.2 Perlembagaan Umno dalam perenggan 3 (c), pemilihan cawangan sepatutnya diadakan paling lewat pada 31 Ogos 2016," katanya


Bagaimanapun, beliau berkata Najib sebagai presiden parti mengumumkan pada 26 Jun 2015, bahawa pemilihan parti yang dijadualkan pada 2016 akan ditangguhkan selama 18 bulan. Oleh itu, sekiranya dikira dari 31 Ogos 2016, tarikh akhir mengadakan pemilihan adalah pada 28 Februari iaitu semalam, kata Haniff.


Haniff juga tidak bersetuju dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan bertarikh dua hari lalu yang mengatakan pemilihan parti akan diadakan pada 19 April 2019. Ini dikatakan setelah mendapatkan kelulusan daripada ROS.

Peguam itu berkata mengikut undang-undang, ROS tidak boleh melanjutkan pemilihan cawangan parti itu lagi.

"Ini melanggar Perkara 10.16 Perlembagaan Umno dan ROS tidak mempunyai kuasa untuk memberi lanjutan tambahan atau mengabaikan peruntukan ini dalam perlembagaan Umno," katanya.

Oleh itu, beliau meminta Umno dan ROS memberikan penjelasan mengenai peruntukan untuk melanjutkan pemilihan Umno sehingga 2019.



Demikianlah Artikel ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROS Tiada Kuasa Lanjutkan Pemilihan UMNO, Langgar Perkara 10.16 Perlembagaan UMNO beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/ros-tiada-kuasa-lanjutkan-pemilihan.html

Subscribe to receive free email updates: