"Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com

"Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com
link : "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


"Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sedia menghapuskan beberapa akta dan perundangan bersifat zalim apabila berjaya menerajui tampuk kepimpinan negara, pada Pilihanraya Umum ke-14.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jaminan itu dilaksanakan selepas mengambil kira keperluan pelaksanaan akta zalim itu disalah guna bagi tujuan kepetingan pihak tertentu.

“Apabila kita menjadi kerajaan, pendirian Pakatan adalah untuk membatalkan undang-undang yang bersikap regresif kepada rakyat, termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Univeristi dan Kolej Universiti 1971.

“Selain itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948, Akta Majlis Keselamatan Negara berserta hukuman gantung mandatori dalam semua akta.

“Kerajaan Pakatan juga akan memansuhkan peruntukan akta zalim di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Keganasan,” katanya pada sidang media bersama pimpinan Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, petang ini.

Tun Mahathir berkata, pemansuhan akta itu adalah relevan memandangkan tindakan Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) kini yang tergesa-gesa meluluskan akta baharu di Parlimen.

“Parlimen sekarang sudah menjadi (tempat) sandiwara. Tiada nilai serius apabila mereka tidak beri ruang perbahasan (secara adil). Hanya dua jam sahaja berbahas, kemudian usul diluluskan.

“Ia sudah dibuktikan menerusi langkah Persempadanan Baru dan Akta Berita Palsu yang diluluskan di Parlimen dengan cepat,” katanya.

Minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul kajian semula persempadanan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ia dibahaskan beberapa anggota Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, namun diluluskan secara tergesa-gesa ketika proses persempadanan baru itu masih dalam peringkat prosiding di Mahkamah bagi kawasan Selangor.

Selain itu, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 turut dibahaskan dan menyaksikan 63 Ahli Parlimen Pakatan menentang pelaksanannya yang dibuat secara tergesa-gesa. #sumber


Demikianlah Artikel "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Tawan Putrajaya": Pakatan Sedia Hapuskan Akta Hasutan, Gantung Mandatori beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/tawan-putrajaya-pakatan-sedia-hapuskan.html

Subscribe to receive free email updates: