Judul : Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com
link : Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com
Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem berkenaan masih diragui pelaksanannya khususnya membabitkan pengundian kakitangan awam dan pegawai kerajaan.
“Sepatutnya ketika pengundian dibuat, ia perlu dipantau parti-parti terlibat termasuk parti lawan.
“Tapi sekarang, bilangan undi awal sudah menjadi lebih tanpa diketahui jumlah sebenar dan mungkin jumlahnya 400,000 atau lebih atau berkemungkinan boleh mencecah 1 juta pengundi pos.
“Perjalanan peti ini juga kita tidak tahu, dan peluang Kerajaan Umno-BN untuk menipu sangat tinggi.
“Jika ia terjadi, ini boleh menjadi ibu segala penipuan pilihan raya di Malaysia,” katanya pada sidang media bersama pimpinan Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, petang ini.
Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut mendedahkan wujudnya kebarangkalian berlakunya penipuan undi pos membabitkan kemudahan pengundian pos kepada Skim Anggota Keselamatan Dan Kesihatan.
Nurul Izzah turut mempersoalkan kredibiliti dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pola pengundian dikawal selepas proses peralihan pengundian dan persempadanan baru dilaksanakan.
Pada masa sama, terdapat dakwaan daripada pihak tertentu yang mendedahkan penjawat awam yang membuat pengundian menerusi undian awal dan pos ‘diarah’ untuk memangkah calon daripada Kerajaan Pemerintah. #sumber
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/tun-dr-mahathir-pru14-bakal-jadi-ibu.html