Judul : Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com
link : Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com
Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com
[7 Oktober 2019]
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, menilai sifat peribadi bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, sebagai seorang yang mendengar arahan dan tidak banyak soal sepanjang bertugas di firma rundingan Accenture.
Shahrol Azral yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee pada sesi soal balas pagi ini, berkata ia berkemungkinan menjadi penyebab beliau dijemput oleh Jho Low untuk menyertai Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA).
Saksi pendakwaan kesembilan itu, berkata sifat dan ‘wataknya’ sebagai mengikut arahan pelanggan adalah cara beliau bekerja iaitu untuk merealisasikan kehendak pelanggan di Accenture.
Muhammad Shafee: Berdasarkan penyata saksi, kamu menyatakan Jho Low membuat penilaian ke atas karakter berdasarkan tugas kamu ketika di Accenture. Bolehkah kamu jelaskan?
Shahrol Azral: Kemungkinan Jho Low melabel saya sebagai... agak sukar untuk saya cari perkataan yang sesuai dan apa yang ada dalam fikiran saya bukan ‘kepochi’ atau kata lain ‘busybody’ (penyibuk).
Muhammad Shafee: Adakah Jho Low suka dengan ‘watak’ kamu yang hanya mendengar arahan.... dan tidak tahu apa pengakhirannya?
Shahrol Azral: Tidak. Saya mendengar arahan dan dapatkan maklumat untuk peroleh hasil (kerja) yang baik. Saya juga akan meminta individu yang saya percaya untuk semak semula.
Shahrol Azral berkata, ketika mengadakan rundingan projek pelaburan Utama Banking Group (UBG), beliau mengenali Jasmin Loo Ai Swan iaitu sebagai peguam UBG .
Beliau berkata, peranan Ai Swan hanya sebagai peguam dan menyifatkannya sebagai seorang yang kuat bekerja dan berpengetahuan dalam urusan perniagaan selain seorang yang sangat mudah bekerjasama.
Sementara itu, Shahrol Azral mengakui beliau pernah dikenakan larangan perjalanan ke luar negara.
“Sekatan perjalanan itu mungkin saja untuk menghalang saya dari melarikan diri daripada siasatan.
“Saya tidak tahu kenapa disenarai hitam dan tidak bertanya dengan pihak berkuasa berhubung perkara itu.
“Tetapi saya boleh agak ia disebabkan isu 1MDB yang terbongkar dan turut dilaporkan media.” katanya.
Shahrol Azral berkata, beliau membuat andaian itu kerana dirinya antara pengurusan kanan syarikat 1MDB.
Terdahulu, Shahrol Azral berkongsi latar belakang pendidikannya yang bermula di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi di ibu negara sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Amerika Syarikat pada tahun 1988.
Beliau memulakan pengajian peringkat pra universiti di institusi di Los Angeles sebelum menyambung pengajian di Stanford University.
Selepas menamatkan pengajian di Stanford, beliau mendapat pekerjaan pertama di Andersen Consulting.
Beliau kemudian menjalani praktikal di Accenture pada 1995 seterusnya membina kerjaya di firma rundingan sebelum meletak jawatan pada tahun 2009.
Demikianlah Artikel Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jho Low ambil saya sebab patuh arahan - Shahrol Azral beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/jho-low-ambil-saya-sebab-patuh-arahan.html