Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com

Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com
link : Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com


[8 Oktober 2019]

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, dilantik sebagai CEO Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) walaupun tiada pengalaman dalam bidang pengumpulan dana (fund raising).
Shahrol Azral 49, berkata pelantikannya dibuat melalui pilihan Ahli Lembaga Pengarah (BOD), di mana pada peringkat permulaan beliau langsung tidak berharap untuk menjawat jawatan itu.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata beliau menyedari tiada pengalaman dalam bidang pengumpulan dana, bagaimanapun ahli perniagaan dalam buruan polis, Low Taek Jho atau Jho Low, masih mengajaknya untuk menyertai TIA.
“Melalui pelantikan oleh BOD itu, Saya dipanggil ke istana untuk menghadap Yang di- Pertuan Agong (ketika itu) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Saya diperkenalkan kepada Tuanku Mizan dan saya menerima tawaran untuk menyertai TIA kerana mengikut kehendak BOD untuk membangunkan negeri Terengganu.
“Sekiranya saya tidak layak dari beberapa aspek, orang tidak akan ‘recommend’ (mencadangkan) nama saya,” katanya.
Shahrol Azral bersetuju dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bahawa bahawa individu yang membuat cadangan itu adalah merujuk kepada Jho Low.
Disoal mengenai sama ada beliau itu bercakap atau tidak dengan Sultan Mizan, saksi itu menjawab, “tiada.”
Menjelaskan lanjut, Shahrol Azral berkata beliau tidak berpeluang memberitahu Sultan Mizan bahawa dia tiada pengalaman dengan pengumpulan dana.
Muhammad Shafee: Ada sesiapa di situ tidak benarkan kamu bercakap?
Shahrol Azral: Bukan sebab itu tetapi saya tidak membuat sebarang persediaan. Ini adalah kali pertama saya memasuki istana dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana 1MDB RM2.3 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki hari ke-18 hari ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sedang berlangsung.



Demikianlah Artikel Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrol Azral dilantik CEO TIA walaupun tiada pengalaman pengumpulan dana... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/shahrol-azral-dilantik-ceo-tia-walaupun.html

Subscribe to receive free email updates: