Judul : Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com
link : Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com
Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com
BUKAN MASALAH MUJAHID MEROMPAK DUIT TH, CUMA, MASALAHNYA, MUJAHID TERLALU BODOH HINGGA MENJAHANAMKAN TH...
Kedua... Mujahid dan kjaan PH telah dan masih GAGAL mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan Tahunan Tabung Haji yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara, kepada Parlimen untuk tahun 2018 dan 2019... hal ini TIDAK PERNAH berlaku ketika era kjaan BN mentadbir dulu, dan ianya jelas telah melanggar Akta Tabung Haji...
Ketiga... Tabung Haji adalah sebuah entiti yang unik kerana ianya tidak tertakhluk di bawah Bank Negara Malaysia dan juga BAFIA... Istimewanya Tabung Haji adalah kerana ia lahir dari dalam Parlimen Malaysia melalui penggubalan undang2 yang sah, menjadikan Tabung Haji berdiri di atas Aktanya sendiri... ini kerana, asas penubuhan Tabung Haji itu sendiri adalah berbeza berbanding institusi2 kewangan yang lain yang terikat dengan peraturan dan undang2 di bawah BNM...
Keempat... Mujahid dan kjaan PH telah membelanjakan wang milik Tabung Haji lebih dari RM10 juta hanya untuk mendapatkan khidmat juruaudit luar, tetapi sehingga kini masih gagal mengemukakan hasil laporan audit yang dibuat termasuk Penyata Kewangan Tahunan... mungkin Mujahid terlalu bodoh untuk tahu bahawa hanya pengikhtirafan daripada Jabatan Audit Negara sahaja yg diperakui sebagai sah berdasarkan perkara yang terkandung dalam Akta Tabung Haji...
Kelima... Ada sebahagian drpd pendapatan Tabung Haji yang akan diasingkan, tidak dimasukkan sebagai modal pelaburan baru mahupun sebagai keuntungan Tabung Haji, kerana ia dipercayai datang dari sumber shubahah, contohnya, dividen yang diterima atau melalui transaksi yang tidak patuh syariah... hal ini adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan yg terbuka, dan pengurusan Tabung Haji sejak dari dulu lagi akan mengambil inisiatif untuk mengasingkan pendapatan ini... ia hanya akan digunakan untuk tujuan2 berbentuk CSR, tetapi bukan melalui bantuan berbentuk bahan makanan yang akan menjadi darah daging... contoh bantuan, peruntukan membina jambatan, membantu bina rumah yg terbakar, membaiki jalan dan sebagainya... malangnya, di era kjaan Pakatan Harapan memerintah, wang ini telah digunakan untuk membantu frontliners yang bertugas ketika wabak Covid19 melanda, termasuk menyediakan makan minum kepada mereka...
Keenam... ramai yang tidak tahu, sebaik sahaja kjaan PH memerintah, mereka telah bertindak zalim, tidak hanya kepada DS Azeez Rahim selaku Pengerusi Tabung Haji sebelum itu, tetapi turut menyiasat, menggeledah dan ramai juga yang ditahan lokap pegawai2 lantikan kontrak, ahli2 lembaga pengarah era kjaan BN... mereka diaibkan, dipakaikan baju oren tahanan lokap, ada yang tangan bergari, diambil gambar lalu terpampang dalam pelbagai media... tetapi, sehingga hari ini, tidak ada satu pun pertuduhan dikenakan ke atas ke semua mereka oleh mahkamah dalam hal melibatkan Tabung Haji...
Ketujuh... DS Azeez pernah dikecam hebat apabila Tabung Haji membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX)... kononnya, Tabung Haji beli dengan harga yg jauh lebih tinggi daripada harga pasaran la, konon DS Azeez nak gunakan duit TH untuk bailed out hutang2 1MDB la, dan banyak lagi... akhirnya TH terpaksa menjual semula tanah tersebut memandangkan persepsi jahat ini sudah mula memberi kesan kpd sentimen di kalangan pendeposit... TH beli dari 1MDB pada harga sekitar RM120 juta dan jual hanya dalam 2-3 tahun sahaja kpd pihak ketiga dengan harga melebihi RM400 juta... hari ini, tanah tersebut sudah melambung melebihi RM1 bil disebabkan pembangunan yg sedang rancak berjalan...
Mujahid masih nak pertahankan tindakannya ini kononnya syarikat2 ini mencatatkan hutang yang sedang membengkak, tanah2 yg dimiliki ini gagal memberi hasil yg maksima kpd TH disebabkan sebahagiannya masih belum ditanam dengan kelapa sawit...
Timbalan menteri, YB Ahmad Marzukh yg kini menjaga hal ehwal Tabung Haji bangun menjawab bahawa syarikat2 yg dituduh menanggung hutang yg membengkak itu sebenarnya pernah mencatatkan keuntungan berpuluh juta setiap tahun berdasarkan laporan Penyata Kewangan yg terakhir yakni tahun 2017 dan laporan sebelumnya... untuk penyata terkini, tahun 2018 dan 2019, sehingga kini, Mujahid dan kjaan PH masih GAGAL membentangkannya di parlimen... hutang2 yg ditanggung oleh syarikat2 ini juga sebahagian besarnya adalah hutang dengan syarikat induk iaitu Tabung Haji... penyelesaiannya sepatutnya tidak perlu pun sampai ke peringkat nak kena jual aset dan tanah... adakan perbincangan dengan Tabung Haji selaku syarikat induk yg memberi hutang, dan buat penstrukturan semula hutang2...
Timbalan menteri turut mempersoalkan kpd Mujahid, kenapa perlu jual secara tergesa-gesa? Dalam keadaan pasaran saham yg jatuh merudum dan hasil dari sawit juga menjunam... akibatnya, harga tanah yg Mujahid tawarkan kpd pembeli, syarikat Tamaco milik keluarga Lim, tanah kosong yg belum sempat dibuat penanaman, juga menjunam dengan dasyat, hanya pada kadar RM4,500 sehektar... rasanya, dengan harga yg semurah itu, jika ia ditawarkan kpd pendeposit2 TH yg berminat, barangkali mereka juga tidak ada masalah untuk beli...
Kesembilan... untuk selesaikan kemelut Tabung Haji ini, hanya ada satu jalan... tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) dan ia mesti dilakukan segera oleh kjaan sekarang pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin...
#AriffSMB
Demikianlah Artikel Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Inilah Sebenarnya Yang Telah Berlaku Di Dalam Tabung Haji, Ibarat Beruk Dapat Bunga... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/07/inilah-sebenarnya-yang-telah-berlaku-di.html