Judul : TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com
link : TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com
TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com
KERAJAAN WAJAR KEMBALIKAN MYBRAIN15
1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyarankan agar Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dapat menghidupkan kembali program MyBrain15.
2. Program MyBrain merupakan satu inisiatif Kerajaan BN di bawah Perdana Menteri ke-6 YB Datuk Seri Najib Razak terdahulu bagi membiayai anak-anak muda di kalangan graduan yang layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
3. Program ini terbahagi kepada MyPhD, MyPhD Industri dan MyMaster ini mendapat sokongan kuat dari Kerajaan BN ketika itu, bahkan dimasukkan sebahagian agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diluluskan pada tahun 2015 dengan peruntukan keseluruhan mencecah *RM500 juta.
4. Rekod sehingga 2016 menunjukkan program ini telah berjaya melahirkan 23,000 doktor falsafah dan lebih 50,000 pelajar beroleh pembiayaan dari program ini. Jika diteruskan, MyBrain15 ini diharapkan dapat menghasilkan 60,000 pemegang PhD menjelang 2023.
5. Walau bagaimanapun Pemuda UMNO amat berdukacita apabila program yang baik ini telah dipolitikkan oleh Kerajaan PH terdahulu dengan menghentikannya atas alasan tiada peruntukan, kekangan kewangan dan bebanan hutang Kerajaan.
6. Sebaliknya Pemuda UMNO berpendapat program penajaan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD adalah salah satu pelaburan yang mampu memberikan kesan positif jangka panjang kepada penjanaan ekonomi negara dari segi pembangunan sektor penyelidikan dan melahirkan modal insan berkualiti.
8. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan secara serius cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
24 Julai 2020
Demikianlah Artikel TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TS Muhyiddin Pernah Jadi Sebahagian Daripada Pihak Yang Hapuskan Dasar Sebaik Ini. Perkenal Semula Untuk Tebus Kesilapan Lampau PM... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/07/ts-muhyiddin-pernah-jadi-sebahagian.html