Judul : Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa beritamalay3.blogspot.com
link : Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa beritamalay3.blogspot.com
Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa beritamalay3.blogspot.com
Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa
Sebentar tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani rawatan di Institusi Jantung Negara (IJN) sejak semalam.
Terima rawatan di IJN
Menerusi Harian Metro, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan bahawa Baginda telah mengadu kurang sihat dan berasa tidak selesa sebelum dimasukkan ke Wad Diraja, IJN.
“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.”
Berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa baginda Agong tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan dan akan dibenarkan keluar daripada IJN dalam waktu yang terdekat.
Baginda Raja Permaisuri Agong turut bergegas pulang selepas tiba ke Kota Bharu, Kelantan apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membatalkan lawatan peribadi yang sepatutnya berlangsung kira-kira 3 hari.
“Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda.”
Sehubungan dengan itu, pihak istana menyeru seluruh rakyat agar mendoakan KDYMM Agong diberi kesembuhan dan kesejahteraan serta kesihatan yang berpanjangan. Daulat Tuanku.
Sumber: Harian Metro (Wartawan HM)
Demikianlah Artikel Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Agong dimasukkan ke IJN,Rakyat Di Minta Berdoa beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/09/agong-dimasukkan-ke-ijnrakyat-di-minta.html