Judul : Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela Rashid beritamalay3.blogspot.com
link : Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela Rashid beritamalay3.blogspot.com
Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela Rashid beritamalay3.blogspot.com
Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela RashidKUALA NERANG - Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.
Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.
Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.
Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.
Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.
"Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.
Dari kiri Rosyilah, Khubaib dan Nurul Ain pada majlis perkahwinan sebelah perempuan di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang pada Ahad lalu.
"Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.
Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.
"Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.
"Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu," katanya.
Dari kiri Rosyilah, Khubaib dan Nurul Ain pada majlis perkahwinan sebelah perempuan di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang pada Ahad lalu.
Rosyilah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.
Tambah Rosyilah yang juga merupakan jurumekap artis sambilan berkata, beliau bersedia untuk berpoligami selepas membuat persiapan lebih awal sejak lima tahun lalu.
"Selepas berkahwin, saya berjanji dengan diri sendiri, kalau ada orang lain nak masuk dalam kehidupan ini (poligami) saya terima selepas tanya pendapat kawan-kawan lain untuk fahami poligami.
"Kita bila dah reda tentang poligami benda jadi biasa walaupun pada awalnya agak sukar. Saya sudah bersedia lebih awal untuk masuk dalam dunia berkongsi kehidupan seperti ini," katanya.
Demikianlah Artikel Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela Rashid beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Reaksi Suami Bila Lihat Bakal Isteri Baharu,Punca Saya Pinang-Syiela Rashid beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/09/reaksi-suami-bila-lihat-bakal-isteri.html