Judul : Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam beritamalay3.blogspot.com
link : Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam beritamalay3.blogspot.com
Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam beritamalay3.blogspot.com
Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam
SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.
Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.
Puteri Sarah enggan mengulas dakwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.
"Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.
"Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.
"Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik," kata Yusof kepada mStar.
Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.
YUSOF HASLAM
PENGARAH FILEM
Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.
Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.
Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.
Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah 'unfollow' akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.
Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun
Demikianlah Artikel Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Sudah 2 Tahun Tidak Tinggal Sebumbung-Yusof Haslam beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/09/sudah-2-tahun-tidak-tinggal-sebumbung.html